KENYATAAN DARI BAPA MERTUA ASHRAF MUSLIM & WAN SAKINAH

on Friday, July 19, 2013


Pelbagai spekulasi yang kita dengar mengenai pelakon kacak,Ashraf Muslim atau nama sebenarnya Mohd Ashraf Muslim, 32, yang dikatakan sudah berkahwin dua. Akhirnya semua persoalan terjawab apabila pelakon itu sendiri mengaku bahwa dia sudah bernikah dengan seorang bekas kru produksi sebuah stesen televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand pada 7 Julai lalu.
Pengakuan tersebut dilakukan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur oleh Ashraf Muslim petang semalam dimana sepatutnya dia hadir untuk membuat permohonan untuk berpoligami. Namun, dihadapan hakim, dia telah membuat pengakuan dia sudah bernikah dan mahkamah kemudiannya telah membenarkan dia menarik balik permohonan untuk berpoligami.
Tindakan dan pengakuan Ashraf Muslim di hadapan hakim itu benar-benar mengejutkan semua pihak terutamanya bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid,52. Bapa mertua Ashraf Muslim, mendakwa dia dan keluarga kesal dengan keputusan Ashraf berkahwin di Thailand sebelum mahkamah membuat keputusan berkenaan permohonannya untuk berpoligami.
Hasil temubualnya dengan Harian Metro memaklumkan semua terkejut apabila Ashraf Muslim memberitahu tentang pernikahannya di mahkamah hari ini. Beliau yang juga pengasas Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah memberitahu dia tidak dapat menerima alasan yang diberikan oleh Ashraf untuk berkahwin lagi adalah disebabkan mereka belum dikurniakan anak. Pada pandangannya, perkahwinan mereka baru mencecah 2 tahun dan anaknya itu baru sahaja habis belajar.
Turut mengecewakan bapa mertua Ashraf sendiri apabila Ashraf langsung tidak memberitahu Dayana yang dia telah pergi ke Thailand dengan tujuan untuk bernikah. Sebaliknya Ashraf memaklumkan yang dia ke Thailand atas urusan bisnes. Kepulangannya ke Malaysia juga tidak dimaklumkan
Tindakan Ashraf itu seolah-olah membelakangkan Dayana dan Lokman seisi keluarga. Dayana hanya mengetahui yang Ashraf telah berkahwin lagi setelah menjumpai itinerari penerbangan Ashraf dalam beg kembaranya 2 hari selepas pernikahannya. Apabila ditanya oleh Dayana, barulah Ashraf mengaku bahawa dia telah menikah kali kedua (di Thailand).
Pada pandangan bapa mertua Ashraf Muslim, tindakan tersebut tidak elok memandangkan  Ashraf telah memfailkan permohonan berpoligami pada April lepas, bagaimanapun perbicaraan tersebut ditangguh kerana Dayana tidak diwakili peguam.Kenyataan yang diberikan oleh Wan Sakinah sebelum ini dimana Dayana redha sekiranya berlakunya perkahwinan antaranya dan Ashraff turut ditepis oleh Lokman.
Bapa mertua Ashraf turut menafikan yang anaknya Noor Dayana reda dengan keputusan Ashraf Muslim untuk berkahwin buat kali kedua dan laporan media sebelum ini yang mengatakan bahawa Dayana reda dimadukan adalah satu penipuan besar. Menurutnya lagi, terpulanglah kepada penerimaan Dayana selepas ini terhadap isu poligami tersebut dan dia tidak akan masuk campur atas perkara itu.
Setelah identity Wan Sakinah Ahmad Saburi,29, terbongkar dan diketahui ramai, dia kini menjadi buruan media untuk mendapatkan komen selanjutnya mengenai isu tersebut. Walaubagaimanapun, setelah dihubungi, dia memaklumkan bahawa dia tidak dapat memberikan komen lanjut mengenai kontroversi yang melanda.
Luahan Wan Sakinah: “Harap faham, saya tak boleh cakap apa apa pun. Minta maaf ya,”
Dalam perkembangan yang lain, Ashraf Muslim khabarnya ada membawa isteri pertama Noor Dayana & Wan Sakinah ke tapak perniagaan beliau yang di’buka di bazar Ramadan secara berasingan sebelum ini.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment