Assalammualaikum, sebenarnya kejadian ini tidak pernah diceritakan kepada sesiapa kecuali saudara mara yang ada semasa kejadian ini berlaku.
Kejadian benar ini berlaku ketika keluarga kami akan mengadakan majlis menyambut menantu iaitu perkahwinan anak lelaki kami yang telah diadakan pada 1 Jun 2008 dikediaman kami di Cheras, kuala Lumpur.
Wajah yang dirakamkan didalam bulatan merah dan yang disebelah kanan setelah dibesarkan |
Gambar ini dirakam oleh cucu saudara saya dengan menggunakan handphone pada lebih kurang jam 1.30 pagi, 1 Jun 2008 semasa kami sekeluarga dan jiran-jiran selesai menyiapkan khemah untuk tetamu dan tempat untuk pengantin makan berhadap serta persiapan lain.
Tanpa pengetahuan kami rupa-rupanya cucu saudara saya yang dipanggil ‘kak chik’ secara berseorangan telah merakam gambar khemah pengantin termasuk tempat pengantin makan berhadap sedangkan kami semua berada didalam rumah sedang berbual-bual dan ada diantaranya sedang menyiapkan bunga telur untuk tetamu pada majlis tengahari nanti.
Ketika kami sedang asyik berbual, cucu saudara saya yang didalam keadaan kelam kabut berlari masuk kedalam rumah dan dengan muka yang pucat telah menghulurkan handphonenya kepada saya sambil memberitahu ada ‘hantu’ didalam handphonenya.
Saya yang terkejut telah melihat gambar yang dirakamnya dan setelah diamati memang benar objek yang dirakamkannya memang menyeramkan, Samada benar atau tidak wajah yang dirakam adalah wajah syaitan tidaklah saya ketahui sebab seumur hidup saya tidak pernah tengok wajah syaitan kecuali ‘manusia yang berperangai syaitan’ selalu jugak tengok.
Jika diperhatikan dengan teliti, objek yang menyeramkan itu berada betul-betul disebelah kiri khemah iaitu dibelakang khemah tempat duduk pengantin makan berhadap dan untuk pengetahuan pembaca tempat dimana objek tersebut terakam sebenarnya adalah kawasan lapang iaitu sebuah padang dan tidak terdapat apa-apa barang yang diletakkan disitu pada masa itu.
Terpulang kepada para pembaca untuk mentafsirkan gambar ini, adakah wajah yang terakam itu benar-benar wajah syaitan atau hantu atau objek yang terakam itu secara kebetulan menyerupai syaitan atau hantu jika dilihat dari jauh dan saya masih lagi menyimpan gambar yang menyeramkan itu.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment