Walaupun berita pernikahan Abby menggemparkan industri hiburan tempatan, namun Memey menganggap ia sebagai ketentuan Ilahi dan mendoakan agar Abby bahagia dengan suami barunya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang dinikahi pada 9 Julai lalu, di Selatan Thailand.
“Memey tumpang gembira apabila dapat tahu Kak Abby sudah berkahwin. Memey sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kebahagian Kak Abby. Memey gembira jika dapat tengok Kak Abby bahagia dan Memey doakan rumahtangga yang dibina ini kekal sehingga akhir hayat,” ujar Memey
Abby yang berkahwin dengan pemuda 12 tahun lebih muda daripadanya membuat keputusan untuk menamatkan zaman jandanya selepas berkenalan selama dua minggu dengan jejaka tersebut. Abby dijangka mengadakan majlis persandingan pada 31 Ogos 2013 manakala majlis di pihak lelaki akan dibuat di Tumpat, Kelantan pada 6 September 2013.
sumber : http://www.gua.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment