Miley Cyrus Kurang Senang Sikap Buruk Justin Bieber

on Thursday, July 25, 2013

 MILEY Cyrus berasa kurang senang melihat masalah perilaku Justin Bieber yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Menurut laporan portal The Sun, Miley menasihatkan kepada Justin supaya berhenti melakukan tindakan-tindakan jelik yang membuatkan para media terutamanya paparazi mengambil kesempatan untuk menerbitkan kelakuan buruknya itu.

“Saya sudah pesan kepada Justin supaya berhenti seketika dengan perilaku-perilaku bodohnya itu. Beri masa kepada para peminat dan menyedarkan mereka tentang kelebihan sebenar bakat yang ada dalam diri.

“Saat kamu hilang sejenak, semua orang akan merindui dengan lagu kamu. Mereka ingin tahu karya apa yang akan kamu keluarkan selepas itu. Namun saat muzik kamu tiada, mereka hanya membicarakan perkara-perkara buruk tentang kamu,”katanya.

Tambah tunang kepada pelakon Liam Hemsworth itu, sudah kerap kali dia menasihati Justin namun penyanyi muda itu tidak mengendahkannya.

“Dia tetap melakukan perkara-perkara bodoh. Tetapi saya rasa semua orang akan bertindak sedemikian ketika jiwa mereka kacau,”ujarnya.
sumber : http://joey39.net/

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment