Minat Mendalam Dorong Adam Buka Pusat Rawatan Islam

on Thursday, July 25, 2013




Nama Adam suatu ketika dulu cukup sinonim dengan ketampanannya dan juga tarian rap yang dipersembahankan setiap kali persembahan. Namun, Adam yang dulu dengan Adam yang sekarang adalah jauh berbeza.

Adam kini lebih menjurus kepada islamic selepas berhijrah malah beliau kini giat mendalami tentang ilmu perubatan Islam sehingga mendorong bekas pelajar Akademi Fantasia itu membuka pusat rawatan Islamnya sendiri iaitu Nur Khalifah Al-Hasani yang terletak di Cova Square, Kota Damansara.

Pusat rawatan yang telah memulakan operasinya pada awal bulan ini menjalankan rawatan berteraskan penghayatan Tauhid, Al-Quran dan doa yang memfokuskan kepada rawatan masalah gangguan jin, masalah zahir dan masalah kekeluargaan.

Kepada mereka yang ingin mendapatkan rawatan alternatif di Pusat Rawatan Islam Nur Khalifah Al-Hasani, waktu operasi adalah dari 9 pagi hingga 10 malam tanpa perlu membuat sebarang temu janji.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-6142 2919 atau 016-2457919 atau layari www.nurkhalifah.com.
sumber : http://ohartis.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment