NOSTALGIA: NORMAN HAKIM PERNAH DIGELAR 'ZIFARAH'

on Tuesday, July 23, 2013

Semperna perkahwinan Norman Hakim baru-baru ini, myartis mengimbas kembali nostalgia pelakon popular itu ketika zaman kanak-kanak hingga remaja. Apa yang melucukan, Norman pernah digelar 'zirafah' ketika tingkatan 3 dan menjadi 'anak mak' dalam keluarganya.

Biodata:
Nama penuh: Mohamed Norhakim Haji Zaidon
Tempat lahir: Batu Pahat, Johor
Tarikh Lahir: 8 Januari 1976
Jumlah adik beradik: Anak bongsu daripada 4 beradik
Darah campuran: Belanda, Bugis dan Melayu
Zodiak: Capricorn

Norman pernah digelar zirafah
"Kelakar betullah..!! Masa tingkatan 3, tinggi saya naik secara mendadak. Bukan sahaja dalam kelas, tetapi juga di antara semua pelajar tingkatan 3 di sekolah tu.

"Bayangkanlah, kawan sekelas yang duduk di sebelah saya kalau diukur, tingginya hanya setakat paras dada saja.

"Jadi, oleh kerana ketinggian melampau saya tu, saya digelar 'zirafah'. Eleh, kalau nak dibandingkan gelaran saya, mereka lagi teruk. Ada di antara mereka yang digelar memeranglah, ulat bululah dan macam-macam lagi perkataan yang pelik-pelik," ujar Norman sambil ketawa.













Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment