Padah ponteng sekolah, 4 pelajar dicabul

on Friday, July 26, 2013

BANDARAYA MELAKA - Tindakan empat remaja berusia antara 12 dan 14 tahun ponteng sekolah membawa padah apabila mereka dicabul seorang lelaki di Sungai Udang, dekat sini, kelmarin.

Suspek berusia 51 tahun itu dikatakan mengajak keempat-empat remaja berkenaan yang sedang melepak di kawasan berhampiran, supaya masuk ke rumahnya.

Menurut sumber, ketika di dalam rumah, suspek turut membenarkan remaja berkenaan menonton televisyen sebelum memasang cakera video digital (VCD) lucah untuk ditonton.

"Suspek kemudian memanggil remaja itu seorang demi seorang ke dalam bilik, kononnya untuk berurut. Bagaimanapun, remaja terbabit mendakwa disuruh berbogel sebelum mereka dicabul," katanya di sini, semalam.

Difahamkan, remaja berkenaan yang membuat laporan polis selepas kejadian berkenaan turut dihalang dari meninggalkan rumah berkenaan sehingga waktu persekolahan tamat.

"Berikutan itu, polis telah menyerbu rumah berkenaan pada hari sama dan menahan suspek untuk siasatan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman mengesahkan penangkapan suspek.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut, sebaliknya memberitahu kes masih dalam siasatan.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment