Pelik! Pokok Pisang Ini Berbuah Pisang Berwarna Merah (4 Foto) | Pernahkah anda melihat buah pisang berwarna merah? Jangan terkejut kerana sebenarnya pisang jenis ini sememangnya wujud biarpun tidak semua tempat. Mungkin bagi sestengah orang beranggapan ia satu warna yang pelik kerana secara normalnya ia berwarna hijau kekuningan. Buah pisang ini hanya boleh ditemui Australia dan Malaysia. Walaubagaimanapun, Admin difahamkan di Malaysia hanya di negeri Sabah dan Sarawak sahaja. Benarkah? Jom lihat gambar di bawah ini.
Pisang Merah, juga dikenali sebagai pisang Red Dacca di Australia, dan di Malaysia khabarnya ia banyak dijumpai di Sabah dan Sarawak dengan nama pisang raja udang atau pisang tembaga.
Pisang ini mempunyai kulit berwarna merah-ungu biasanya bersaiz lebih kecil daripada pisang Cavendish biasa. Apabila masak, pisang merah mentah mempunyai isi berwarna krim.
Mereka juga lebih lembut dan lebih manis daripada pisang jenis Cavendish kuning, dengan sedikit rasa raspberry. Kebanyakan pisang merah dieksport dari pengeluar di Asia dan Amerika Selatan ke pasaran Amerika Tengah malah turut dijual di seluruh dunia.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment