Pemandu Myvi Maut Setelah Termakan Jalan

on Monday, July 15, 2013

Pemandu Myvi Maut Setelah Termakan Jalan | Seorang lelaki pekerja pam pasir maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di selekoh berhampiran simpang Kampung Tanjung Agas, Pekan, petang semalam.
Pemandu Myvi Maut Setelah Termakan Jalan

Lew Kam Sang, 49, yang beralamat di Pulai, Johor dikatakan sedang memandu bersendirian ke arah bandar Pekan kira-kira jam 3.00 petang selepas keluar dari kawasan pam pasir berhampiran tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada Perodua Myvi yang dipandu mangsa masuk ke laluan bertentangan.

Pemandu Myvi Maut Setelah Termakan Jalan

Menurutnya, ketika sampai di selekoh tajam berkenaan, kereta mangsa masuk sedikit ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori tangki yang datang dari arah bertentangan.

“Pemandu lori yang terkejut apabila kenderaan mangsa masuk di hadapannya secara tiba-tiba tidak sempat mengelak sebelum merempuh sebelah kanan kereta mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat keja-dian akibat kecederaan parah di kepala manakala pemandu lori berusia 40-an tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Yahya berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat mangsa dibawa di Hospital Pekan sebelum dituntut ahli keluarganya.


“Saya ingin mengingatkan orang ramai agar mengambil iktibar kejadian ini seterusnya mementingkan aspek keselamatan ketika berada di jalan raya pada setiap masa.

“Kepekaan kita terhadap amalan berhemah serta keselamatan diri dapat membantu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya, sekali gus mewujudkan persekitaran selamat bagi diri dan pengguna jalan raya lain,” katanya. sumber


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment