Ras Adiba Radzi Sah Bergelar Isteri Dengan Tiga Kali Lafaz

on Tuesday, July 30, 2013

ohartis-perkahwinan-ras-adiba-radzi-(5)
Tahniah diucapkan kepada personaliti TV popular, Ras Adiba Radzi, 45, kini sah bergelar isteri kepada penasihat kewangan Ilias Yaakop, 45, setelah 3 kali lafaz dalam majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Ras Adiba dinikahkan sendiri oleh bapa iaitu Mohd Radzi Wahab, 73 tampil anggun dengan busana berwarna krim menerima mas kahwin sebanyak RM99 dan wang hantaran sejumlah RM10,000. Di dalam majlis tersebut, pihak lelaki memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang dari pihak perempuan.

Ras Adiba yang mengalami lumpuh dari pinggang hingga hujung kaki disebabkan dari kemalangan yang dialami sekitar tahun 2002 pernah mengalami saat duka apabila perkahwinan bersama jejaka Perancis yang sepatutnya berlangsung seminggu sebelum tarikh bernikah akhirnya terputus disebabkan keluarga pihak lelaki bimbang anak mereka akan mengalami masalah jika berkahwin dengan OKU seperti dirinya.

ohartis-perkahwinan-ras-adiba-radzi-(3)
ohartis-perkahwinan-ras-adiba-radzi-(4)
ohartis-perkahwinan-ras-adiba-radzi-(2)
ohartis-perkahwinan-ras-adiba-radzi-(1)
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment