Salman Khan Bersedia Untuk Berkahwin?

on Sunday, July 7, 2013

 Tentu para peminat Salman Khan di Malaysia tertanya, siapa bakal isterinya? Adakah Lulia Vantur yang akan dikahwini oleh Salman Khan? Gosip hangat bertiup kencang, selepas putus dengan Katrina Kaif, Salman Khan tidak mahu lagi bercinta terlalu lama dengan kekasihnya yang terkini iaitu Lulia Vantur. Adakah Lulia Vantur sesuai untuk aktor berbadan sasa ini?


Setelah lama membujang, akhirnya aktor kacak dan berbadan mantap, (Gambar Artis) Salman Khan, membawa kekasihnya (Gambar) Lulia Vantur berjumpa dengan ibunya.

Menurut sumber, aktor Dabangg 2 itu tidak mahu lagi menjalinkan hubungan cinta terlalu lama seperti mana kekasih-kekasihnya sebelum ini di dunia Bollywood.

"Sudah lama dia hidup sendirian dan sekarang sudah tiba masanya untuk dia berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.

"Sebab itulah dia mengambil keputusan membawa Lulia Vantur berjumpa dengan ibunya.

"Itu adalah tanda baik dalam hubungan mereka dan mungkin selepas ini peminat akan mendapat berita lebih gembira," kata sumber keluarga terdekat Salman Khan.

kredit>>http://www.mohdrohaizad.com/


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment