Saya Tolak Kalau Watak Ibu Ala-ala Orang Kampung

on Monday, July 1, 2013

Watak yang dibawanya sentiasa vogue, mekap tebal dan berbulu mata palsu. Rupa-rupanya Zila Bakarin hanya akan menerima watak yang membawakan imej ibu moden. Kalau ditawarkan watak ibu ala-ala kampung ini, pasti akan ditolak oleh Zila.



Kata Zila menerusi Pancaindera semalam:-

Salahkah saya kalau mahu kelihatan sempurna daripada hujung rambut ke hujung kaki? Takkan saya nak nampak selekeh. Itu bukan cara saya. Bahkan saya sendiri yang mahu jadi ibu yang cantik kalau dapat tawaran berlakon. Saya tolak awal-awal kalau produksi mahu saya berperwatakan ibu ala-ala orang kampung. Kena pakai baju kurung, tudung kepala dan selekeh memanjang.

Saya mahu watak ibu yang moden, memakai baju cantik dan bermekap. Kalau kita lihat drama yang ditayangkan di Indonesia, semua watak-watak ibu digambarkan cantik. Mana ada yang selekeh atau buruk.

Sekali sekala mainkan watak ibu ala-ala kekampungan pun apa salahnya. Bolehlah pelbagaikan watak. Tak adalah orang bosan melihat Zila Bakarin memainkan watak yang sama. Apa kata Zila cuba berlakon ibu ala-ala kampung tapi yang vogue punya. Confirm meletup kan? Hehehe.


sumber :http://beautifulnara.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment