“Assalamualaikum , sekarang baru ada peluang nak online. Sha (Shila) sekarang di Shanghai.
“Sha akan beraya di Shanghai... Sha sangat rindukan Malaysia,” tulisnya.
Sejak menjuarai Asian Wave tahun lalu, anak gadis ND Lala ini berulang-alik antara Malaysia dan Shanghai bagi menjalani latihan di sana. Shila juga menjalani ibadah puasa di sana.
Dalam temu bual Shila Amzah dengan Sinar Harian sebelum ini, Shila akui jadual hariannya sangat padat.
"Dunia saya, rumah, kerja dan gimnasium. Kalau nak berseronok, saya dan kawan-kawan akan ke taman tema," katanya.
Penyanyi Patah Seribu ini juga tidak lari daripada tekanan kerja.
"Kadang-kadang saya tertekan sebab mereka mempunyai harapan yang tinggi terhadap saya. Mereka anggap saya boleh buat apa saja," katanya.
Selain Shila seorang lagi artis Malaysia iaitu Qi Razali juga bakal berhari raya di perantauan, iaitu di Argentina kerana sedang menjalani pengambaran Kid Attack disana.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment