SUAMI SERING MELUAHKAN PERASAAN CEMBURU – LIYANA JASMAY

on Monday, July 29, 2013

 liyana

Pelakon Liyana Jasmay menjelaskan suaminya, Fathuddin Mazlan masih mempunyai sifat cemburu yang menebal jika melihat dia berlakon dalam adegan-adegan cinta walaupun sudah hampir enam bulan mereka mendirikan rumah tangga.

Tambah Liyana, Fathuddin, juga mengambil pendekatan untuk tidak menonton adegan-adegan romantik lakonannya semata-mata mahu menepis perasaan itu.
Luahan Liyana Jasmay : Sudah hampir enam bulan kami kahwin, suami saya masih tidak dapat menerima sepenuhnya perjalanan dunia seni saya malah dia sering kali meluahkan perasaan cemburunya jika melihat saya melakonkan adegan romantik.

Bercakap kepada Mstar Online, Liyana turut memberitahu, saya faham, perasan itu wujud kerana dia mahu menjaga isterinya dan saya harus menjaga hatinya pula.Jelas Liyana lagi, suaminya juga memberi syarat agar dia tidak melakonkan adegan keterlaluan selain perlu membatasi babak-babak bersentuhan dengan pelakon lelaki lain.Setakat ini jika ada mana-mana tawaran yang memerlukan saya bersentuhan dengan mana-mana lelaki, saya akan maklumkan kepada suami terlebih dahulu dan dia meminta saya agar tidak keterlaluan melakonkan adegan berkenaan.

Bagaimanapun, Liyana menggemari sikap cemburu itu kerana ia adalah petanda betapa si suami benar-benar mengambil berat dan sayangkan seseorang isteri.

Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan pada 2 Februari 2013 dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Seri Pasific.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment