William-Kate namakan putera sulung George Alexander Louis

on Thursday, July 25, 2013

                                                            














LONDON: Teka-teki nama yang akan diberikan pasangan diraja Britain iaitu Putera Willian dan isterinya, Kate Middleton terjawab apabila putera sulung mereka dinamakan George Alexander Louis. 

Susulan pengumuman itu, ia menyaksikan William-Kate mengekal tradisi nama keluarga diraja apabila menggunakan nama George yang pernah digunakan enam raja England sebelum ini.

Malah, George adalah nama yang menjadi pilihan utama ketika spekulasi mengenainya diperkatakan ramai pihak kerana ia adalah nama bapa kepada Ratu Elizabeth II, Raja George VI (keenam) yang memerintah antara 1936 hingga 1952 sebelum mangkat.
sumber : http://www.bharian.com.my/

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment