Yana Samsudin Sibuk Jual ‘Yana Supercookies

on Friday, July 26, 2013



Seperti tahun lalu, pelakon popular Yana Samsudin sekali lagi sibuk berniaga sambil beramal menerusi jualan biskutnya iaitu ‘Yana Supercookies’.

“Alhamdulillah tahun ini saya sekali lagi terlibat lagi dengan jualan biskut ‘Yana Supercookies’ secara 100% kerana sepanjang sebulan berpuasa tahun ini saya bercuti sementara daripada sebarang penggambaran,” ujar Yana.

Booth ‘Yana Supercookies’ juga akan dibuka di Subang, dan para peminat Yana ingin mengetahui di manakah lokasinya boleh melihat Facebook, Twitter, dan Instagram Yana untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ‘Yana Supercookies’.

Yana juga turut memberitahu bahawa tujuannya membuka bisnes ini adalah untuk membantu pekerja-pekerja ‘Yana Supercookies’ selok-belok dalam dunia perniagaan dan seterusnya mendapatkan duit raya.

‘Booth akan dibuka di Subang, para peminat bolehlah melihat Facebook, Twitter, dan Instagram Yana, kerana di situ Yana akan ‘update’ apa sahaja berkaitan kerjaya dan juga ‘Yana Supercookies’.

Pada tahun ini, saya tidak target apa-apa cuma ingin membantu mereka menjalankan bisnes dan juga mendapatkan duit raya menerusi jualan ‘Yana Supercookies’ ini. Ejen-ejen yang membantu saya ini pun kesemuanya adalah peminat saya dari dulu hinggalah sekarang,” katanya teruja.

Di bulan puasa ini juga Yana banyak menghadiri jemputan amal seperti berbuka puasa bersama-sama dengan anak yatim dan ibu tunggal.
“Pada tahun ini seperti biasa saya akan menghadiri jemputan berbuka puasa dan beramal bersama-sama dengan anak yatim dan juga ibu tunggal. Selain itu, rutin saya hanya tertumpu untuk menjalani proses-proses untuk membuat dan mengedarkan ‘Yana Supercookies’. Sebenarnya, saya tidak kisah bekerja di bulan puasa kerana bagi saya ianya merupakan satu pengalaman yang menarik. Saya paling suka apabila dapat berbuka puasa bersama-sama krew penggambaran,” ujar Yana berkongsi cerita.

Pada tahun ini juga, Yana akan berbuka puasa bersama-sama dengan peminatnya di Singapura.

“Alhamdulillah nampaknya tahun ini saya ada rezeki untuk berbuka puasa bersama-sama dengan peminat-peminat saya yang berada di Singapura,” ujarnya mengakhiri perbualan
sumber :http://www.gua.com.my/ 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment