Pada bulan Februari yang lepas, pelakon Malaysia yang kini menetap di Indonesia, Ashraf Sinclair telahpun berjaya berkecimpung di dalam perniagaan makanan melalui francais restoran TGIF di Indonesia.
Namun kini isterinya, Bunga Citra Lestari pula mengikuti jejak langkah Ashraf dengan membuka restoran makanan tradisional masyarakat Sunda.
Melalui akaun Twitter milik BCL dan Ashraf, restoran yang diberi nama Pondok Sunda itu baru dibuka semalam (28 Julai 2013) di pusat membeli belah Lotte Shopping Avenue di Jakarta.
Nampaknya, pasangan selebriti ini semakin selesa menceburi perniagaan restoran namun BCL pernah menyatakan penglibatannya dalam bidang tersebut bukanlah sebagai perancangan keduanya apabila sudah tidak aktif menyanyi nanti.
Restoran Pondok Sunda di Jakarta
Dalam perkembangan lain, BCL kini tampil dengan album baru yang diberi judul BCL: The Best Of selepas lima tahun menyepi sejak kali terakhir melancarkan album pada tahun 2008.
sumber : http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment