Sebelum ini sebuah portal hiburan pernah melaporkan bahawa penyanyi yang terkenal menerusi lagu Ilusi, Adira dikatakan sedang bercinta dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Shahrul Nasrun Kamarudin.
Namun begitu, menurut laporan berlainan, penyanyi ini akui dia sememangnya sedang rapat dengan jejaka tersebut, akan tetapi hubungan mereka masih belum sampai ke tahap yang lebih serius.
Adira disamping Sharul sewaktu hadiri majlis buka puasa
Jika dilihat daripada sekeping foto yang dipaparkan, jejaka tersebut nampaknya sedang memaut erat bahu Adira dan menerusi foto berkenaan, mereka kelihatan sangat mesra serta tidak kekok untuk bergambar bersama.
Jadi, adakah benar mereka sedang bercinta atau mungkinkah kemesraan yang ditonjolkan oleh mereka adalah sekadar sebagai teman rapat?
sumber : http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment