BAKAL menyambut kehadiran Syawal kedua tanpa kehadiran seorang isteri di sisi, Penyampai radio Hot FM Kieran atau nama sebenar Maskiran Jakiran mengakui sambutan tahun ini agak berbeza berbanding tahun lalu.
Mengakui sambutan Syawal lalu antara yang perit untuk dirinya, bagi Kieran tahun ini perasaan itu sudah hampir pulih.
Mengusik jiwa tenang penyampai popular ini, Hits ajukan soalan sama ada dia sudah bersedia untuk menerima orang baru didalam hidupnya.
Menurut Kieran buat masa ini tiada lagi ruang cinta didalam hatinya memandangkan dia lebih senang untuk memberi tumpuan buat kerjaya dan anak-anaknya.
"Belum masanya untuk saya mencari pengganti, tambahan pula kerjaya saya sebagai deejay dan pengacara menuntut saya lebih sibuk kini.
"Memang berbeza kehidupan kini dan sewaktu beristeri dahulu, namun buat masa ini saya agak selesa dengan kehidupan baharu," katanya yang kini tinggal bersama ibunya.
Ditanya kriteria utama yang akan dipertimbangkan dirinya jika suatu hari nanti dia membuka hati untuk cinta, Kieran memberitahu penerimaan anak-anaknya merupakan perkara penting untuk keputusan itu.
"Jika itu berlaku tentunya saya mahukan seorang yang boleh terima anak-anak saya dan ibu saya.
"Saya tidak nafikan ada juga yang mencuba, tetapi seperti yang saya katakan tadi saya belum bersedia," katanya yang sah bercerai dengan Yang Azli pada 28 November 2012 setelah lima tahun bersama.
sumber : http://www.utusan.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment