Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Ramadhan 2013/1434H

on Thursday, July 4, 2013

Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Ramadhan 2013/1434H | Tarikh lihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan hari permulaan puasa bagi tahun 2013/1434H ialah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.
Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Ramadhan 2013/1434H

Berdasarkan kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah pun mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen," 

Jawatankuasa melihat anak bulan dijangka akan melihat anak bulan di lokasi berikut:

123 N 123 123 N 123

- Pontian Kecil, Johor; 
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;

- Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; 
- Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor; 
- Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor; 
- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor; 

Lokasi Melihat Anak Bulan Ramadhan Yang Lain Ialah: 

- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak; 
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; 
- Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah; 
- Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah; 
- Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah; 
- Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu; 
- Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu; 
- Pulau Perhentian, Besut, Terengganu; 
- Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu; 
- Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan; 
- Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan; 
- Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan; 
- Tanjung Lubang, Miri, Sarawak; 
- Teluk Bandung, Kuching, Sarawak; 
- Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak; 
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; 
- Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang; 
- Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang; 
- Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; 
- Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; 
- Menara Kuala Lumpur; 
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan 
- Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis. - Bernama
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment