Foto-foto Aeril yang telah dimuat naik di sebuah lamab blog lucah.
Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari, 25, berkata, gambar-gambar itu dirakamkan oleh rakannya beberapa tahun lalu termasuklah ketika dia belum berhijrah untuk menjadi individu yang lebih baik pada ketika ini.
"Saya kecewa apabila ada orang cuba memfitnah saya dengan pelbagai cara termasuklah memuat naik foto-foto saya yang tidak berbaju ke laman blog lucah, sekali gus ia memburukkan lagi keadaan walaupun ia dilihat biasa sahaja.
"Bagaimanapun ia tidak menjejaskan diri dan maruah selagi saya bersama Allah, walaupun terdapat individu yang cuba menjatuhkan saya.
"Memang benar lelaki dalam foto itu adalah saya di mana ia diambil daripada sedutan filem Hacks. Manakala ada sekeping gambar yang diambil rakan ketika zaman jahiliah saya dahulu," katanya yang dihubungi mStar Online petang Khamis.
Tambah Aeril, dia berharap agar penyebar foto-fotonya itu mendapat hidayah dengan segera agar tidak melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah tersebut.
Dalam pada itu Aeril juga mengakui sejak membuat pengakuan umum mengenai penghijrahan diri, ada segelintir pihak yang cuba memfitnah dia dengan pelbagai cara.
"Saya bersedia dengan segala kontroversi dan fitnah yang bakal muncul nanti.
"Yang penting, selagi saya bersama Allah, Dia akan melindungi saya walau apa sekalipun orang ingin memburukkan saya.
"Mungkin apa yang telah berlaku itu Allah mahu tunjukkan hikmahnya,' ujar Aeril.
Dalam perkembangan lain, Aeril kini sibuk dengan penggambaran telefilem Mungkin Itu Kasihmu yang bakal disiarkan di RTM dan Hafiz Tahfiz menerusi TV AlHijrah.-mstar online
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment