Bloody Marry, Hantu Yang Boleh Dipanggil

on Saturday, April 20, 2013



Untuk pengetahuan semua, lagenda Bloody Marry merupakan salah satu kisah lagenda yang popular di Amerika Syarikat. Bloody Marry atau nama sebenarnya ialah Mary Whirnington dipercayai mati di hadapan cermin. Segelintir mengatakan bahawa dia mati dibunuh kekasihnya dengan kejam dan ada juga yang mengatakan Mary merupakan seorang ahli sihir. 

Hantu Mary terperangkap di dalam cermin sehingga tidak boleh keluar melainkan ada seseorang yang akan membuka jalannya kerana terlalu lama terperangkap di dalam cermin akan membuatkan jiwanya menjadi marah, tidak bermaya dan boleh melakukan perkara-perkara yang di luar batasan kemanusiaan.
Bloody Marry dikatakan muncul dalam cermin apabila namanya dipanggil tiga kali apabila anda berda di dalam bilik air yang gelap. Bloody Marry juga digambarkan sebagai pembunuh kanak-kanak yang tinggal di bandar.

Cara Memanggil:

1.Pergi ke bilik air di rumah anda.
2.Tutup suis lampu bilik air.
3.Buka paip air.
4.Sebut "Bloody Marry" 3 kali.
5.Tutup mata seketika.
6.Buka mata anda dan lihat di cermin bilik air.
7.Kalau tidak menjadi, cuba berpusing 3 kali.

Baca kisah dibawah sebelum lakukanya:

1.Terdapat cerita yang mengatakan bahawa Si Marry akan bertanya pada anda tiga pertanyaan. Jika anda salah menjawab 2 soalan, anda mungkin akan dicederakan. Jika anda salah menjawab ketiga-tiga soalan, anda mungkin akan maut.

2.Selain itu, ada si polan yang ingin mencuba memanggil Bloody Marry. Tetapi kerana takut, si polan tersebut tidak jadi untuk melakukannya. Lalu, si polan pergi ke bilik air di rumahnya untuk menutup lilin. Tetapi, selepas menutup lilin, si polan masih dapat melihat lilin masih menyala di dalam cermin di bilik air.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment