Gambar hiasan semata-mata
Mitos Dan Fakta Tentang Rambut Yang Anda Tidak Pernah Ketahui | Mitos Dan Fakta Tentang Rambut Yang Anda Tidak Pernah Ketahui | Pasti anda pernah mendengar bahawa ramai bercakap jangan mengikat rambut ketika rambut basah kerana takut nanti rambut akan berbuah. Tanpa usul periksa, anda terus menganggap apa yang dikatakannya itu fakta.Tetapi anda perlu tahu bahawa tidak semua informasi itu benar. Jadi di sini kami inginkan kongsikan yang mana fakta dan yang mana satu mitos.
Perapi rambut boleh memperbaiki rambut bercabang
MITOS - Tidak kiralah seberapa banyak iklan perapi yang mengaku boleh memperbaiki rambut bercabang, kenyataannya tidak sedemikian. Perapi sememangnya boleh memperbaiki rambut bercabang, namun hujung rambut yang telah bercabang tetap ada. Cara untuk menyingkirkan hujung rambut bercabang adalah memotongnya secara teratur setiap empat hingga enam minggu.
Jangan tidur dengan rambut basah kerana kurap akan tumbuh
MITOS - Anda sebenarnya boleh tidur dengan rambut basah tanpa risau kurap atau bakteria akan tumbuh di kulit kepala. Kulit kepala tidak akan didatangi kurap atau sebarang bakteria sekiranya anda rajin merawat dan menjaga kulit kepala agar sentiasa bersih.
Rambut akan tumbuh lebat dengan bersikat 100 kali sehari
MITOS - Fikirkan semula tentang perkara ini. Bagaimana hanya dengan bersikat rambut 100 kali sehari boleh menumbuhkan rambut? Bersikat secara berlebihan sebenarnya boleh merosakkan kulit kepala, apa lagi jika kamu menggunakan sikat yang salah.
Berkongsi sikat boleh menyebarkan penyakit
FAKTA - Setiap orang harus punya sikatnya tersendiri. Sejumlah parasit seperti kutu boleh hidup pada sikat dan ia dengan mudah akan menular dari satu kepala ke kepala yang lain.
Lebih banyak bersyampu membuatkan rambut akan lebih bersih
MITOS - Tidak kisahlah seberapa banyak syampu yang anda gunakan, asalkan ia telah membersihkan keseluruhan rambut hasilnya akan sama sahaja. Jangan membazir syampu dan gunakanlah dengan jumlah yang secukupnya.
Makanan mempengaruhi kualiti dan kesihatan rambut
FAKTA - Apa yang anda makan memiliki kesan terhadap kualiti dan kesihatan rambut. Pola makan yang seimbang ditambah pula dengan suplemen multivitamin akan membuatkan rambut anda tumbuh lebih sihat dan bersinar.
Mengikat rambut dengan tegang dan ketat boleh menyebabkan kebotakan
FAKTA - Mengikat rambut tegang atau tertarik boleh menyebabkan Alopecia. Situasi ini terjadi apabila anda sering mengikat rambut secara ketat tanpa membiarkan rambut berehat. Alopeciamemang boleh mengakibatkan rambut gugur dan kebotakan.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment