Bekas Perdana Menteri Britian Margaret Thatcher meninggal dunia Diusia 87 Tahun

on Tuesday, April 9, 2013

Margaret Thatcher meninggal dunia Diusia 87 Tahun
LONDON 8 April - Bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher meninggal dunia hari ini pada usia 87 tahun akibat menghidap angin ahmar.

Jurucakapnya, Lord Bell berkata, kematian beliau diumumkan anaknya, Mark dan Carol Thatcher. Pemimpin Parti Konservatif itu mengetuai kerajaan Britain dari 1979 hingga 1990, menjadikan beliau Perdana Menteri paling lama memerintah Britain selepas perang.

Thatcher, merupakan satu-satunya Perdana Menteri wanita dalam sejarah Britain yang mendapat jolokan 'Wanita Besi' (Iron Lady) atas peranannya membentuk dunia politik dan ekonomi negara ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Buckingham, Ratu Elizabeth II turut melahirkan kesedihan beliau atas kematian Thatcher.

"Ratu (Elizabeth II) menyuarakan kesedihan beliau atas kematian Thatcher dan akan menghantar mesej khas sebagai tanda simpati kepada ahli keluarga mendiang," jelas kenyataan tersebut.

Thatcher turut menderita sakit hilang daya ingatan dan jarang tampil di khalayak umum sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kali terakhir mendiang dimasukkan ke hospital adalah pada Disember lalu untuk menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan dalam pundi kencingnya.

Thatcher mengundurkan diri daripada politik kira-kira 10 tahun lalu selepas dinasihati oleh doktor ekoran sakit angin ahmar yang dihidapinya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment