Otak menggunakan lebih daripada suku oksigen yang digunakan oleh badan manusia. |
Jantung anda berdegup kira-kira 100,000 kali sehari, 36,500,000 kali setahun dan lebih berbilion kali jika anda hidup lebih daripada 30 tahun. |
Sel darah merah membawa oksigen ke seluruh badan. Ia dihasilkan dalam tulang sum-sum anda. Ia berperanan penting mambawa darah ke seluruh tubuh anda. |
Manusia mempunyai peringkat tidur yang menunjukkan pergerakan mata yang pantas (REM). Tidur REM merupakan kira-kira 25% daripada jumlah masa tidur dan selalunya apabila anda bermimpi dengan jelas. |
Sebelah kiri badan anda dikawal oleh sebelah kanan otak anda sementara yang sebelah kanan dikawal oleh sebelah kiri otak anda. |
Bayi mengelipkan matanya hanya sekali atau dua kali seminit sementara orang dewasa berkelip mata dengan purata kira-kira 10 kali seminit. |
Badan manusia memerlukan zat besi untuk membantu menjalankan beberapa fungsi penting. Zat besi membantu membawa oksigen ke bahagian-bahagian badan dalam bentuk haemoglobin. Jika tidak mencukupi maka akan berlaku kekurangan zat besi dan akan mengalami tanda-tanda seperti lemah dan penat. |
Nyamuk lebih cenderung untuk menghampiri perempuan daripada lelaki. Ini kerana nyamuk amat tertarik dengan bau estrogen iaitu hormon yang dihasilkan oleh perempuan. |
FAKTA BADAN MANUSIA
Posted by TerbaikLaH on Monday, April 15, 2013 at 1:47 AM
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment