KPN ingatkan semua pegawai dan anggota pamerkan prestasi profesionalisma tertinggi

on Thursday, April 18, 2013


Kuala Lumpur , 18 April 2012 - Tan Sri Datuk Seri Utama Hj Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara mengingatkan semua pegawai dan anggota yang terlibat dalam penugasan Pilihanraya nanti agar mempamerkan prestasi profesionalisma tertinggi kepada semua pihak.

Ini dilihat penting supaya dapat menutup setiap ruang kritik kepada mana-mana pihak kerana setiap tugasan dilakukan secara profesional dan berintegriti mengikut lunas-lunas undang-undang dan peraturan sedia ada.

Beliau menyatakan perkara tersebut di Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Anjuran Jabatan Logistik yang berlangsung di Perkarangan Kompleks 3 Bukit Aman.


Dalam majlis tersebut, beliau turut menyentuh perkara berkenaan kesedaran terhadap alam sekitar yang diserapkan kedalam PDRM melalui penyediaan kerangka untuk pemodenan yang bercirikan ‘celik-persekitaran’ atau “environmental awareness” dimana ia bertautan dengan program kelestarian alam sekitar di bawah Dasar Teknologi Hijau Negara yang telah diperkenalkan sejak 24 Julai 2004.

PDRM, menerusi Jabatan Logistik, telah merangka satu “blue print” berkaitan “Amalan Hijau Polis Diraja Malaysia” yang menghuraikan strategi dan kaedah pelaksanaan Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi dalam PDRM.

Ianya akan digunakan sebagai garis panduan dan rujukan kepada warga PDRM untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif yang berlandaskan persekitaran atau disebut Perolehan Hijau Kerajaan Green Government Procurement (GGP).

Antara yang akan dilakukan ialah meningkatkan kesedaran dari segi 3R, iaitu “Reuse, Reduce, and Recycle”, dimana langkah tersebut mampu mencorakkan persekitaran yang lebih baik untuk kehidupan generasi akan datang.

Antara yang hadir ke perhimpunan tersebut ialah para pengarah PDRM, pegawai-pegawai kanan PDRM, anggota dan pegawai-pegawai awam Bukit Aman.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment