PRU-13: Juanda tidak tanding tiket PKR di Perlis

on Thursday, April 18, 2013


KANGAR 18 April - Teka teki mengenai Dr. Juanda Jaya yang dikatakan bakal mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding kerusi Parlimen Kangar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), akhirnya terjawab apabila parti tersebut tidak mencalonkan Mufti Perlis itu di kawasan berkenaan.

Keputusan itu bertujuan memberi ruang kepada rakan PKR dalam pakatan pembangkang, Pas yang awal-awal lagi telah mengumumkan bahawa kawasan itu akan ditandingi calonnya, Baharuddin Ahmad.
Pengumuman calon PKR Perlis dibuat oleh Pengerusi PKR negeri, Mohammad Fisol Abdul Rahman di sini hari ini.

Sebelum ini, desas-desus mengatakan bahawa Juanda akan menyertai PKR untuk bertanding pada PRU-13 di Perlis dan antara kawasan yang sebut-sebut menjadi tumpuannya ialah Parlimen Kangar.

Sumber : UTUSAN ONLINE
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment